Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Disaman $13 Billion Kerana Didakwa Meniru Idea iPhone - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Disaman $13 Billion Kerana Didakwa Meniru Idea iPhone

Apakah nama peranti pintar dengan skrin sesentuh pertama di dunia. Ramai mungkin menjawab iPhone yang dicipta oleh Steve Jobs. Jawapan sebenarnya ialah IBM Simon yang muncul pada tahun 1992. Ia mampu melakukan panggilan telefon, menghantar emel, faks dan mesej kelui. Sekiranya anda memiliki Simon suatu ketika dahulu anda pastinya dari golongan elit kerana harga jualannya yang amat tidak mampu milik. iPhone yang muncul pada tahun 2007 dan mempopularkan rekaan peranti dengan skrin sesentuh yang mampu melayari web dan memainkan muzik. Adakah mudah untuk mengatakan tanpa iPhone lanskap dunia sekarang pastinya tidak sama seperti sekarang.

Saman-Apple-Thomas-Ross-Paten-2

Thomas Ross seorang pereka dari Amerika Syarikat memfailkan saman bernilai $13 Bilion (~RM 53 Billion) ke atas Apple kerana mendakwa Steve Jobs mencuri idea iPhone daripada beliau. Pada tahun 1992 Thomas Ross memfailkan paten Electronic Reading Device yang kelihatan seperti lukisan di atas. Paten beliau luput pada tahun 1995 kerana beliau tidak memperbaharuinya dan tidak menghasilkan prototaip.

Menurut beliau Apple mempunyai budaya mencari paten yang luput yang kemudiannya mencuri idea tanpa membayar sebarang pampasan kepada pereka asal. Kes ini menarik kerana paten yang sudah luput tidak lagi boleh dituntut. Namum selepas melihat Apple mengaut keuntungan yang amat besar dari “idea asal” beliau, Thomas Ross berkeras menyaman. Tuntutan $13 Billion beliau termasuk ganti rugi minimum $3 Billion, royalti penjualan iPhone sebanyak 0.5% dan $10 Billion bayaran restitusi.

Dari paten di atas kami rasakan Thomas Ross sepatutnya menyaman Amazon Kindle ataupun Blackberry kerana rekaan iPhone amat berlainan dari paten asal beliau. Besar kemungkinan Apple menjadi mangsa saman kerana iPhone adalah peranti yang paling menguntungkan setakat ini. Syarikat Steve Jobs ini kini berhadapan pelbagai kes saman. Minggu lalu di Beijing, jualan iPhone dihentikan kerana iPhone dituduh meniru peranti sebuah syarikat China.

Saman-Apple-Thomas-Ross-Paten-1






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/291RQol

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.