Hi! Welcome Back and Stay Tune! HP Spectre 13 Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Julai – Harga Bermula RM5999 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HP Spectre 13 Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Julai – Harga Bermula RM5999

HP Malaysia hari ini secara rasminya telah mengumumkan komputer riba HP Specter 13 untuk pasaran Malaysia – sekaligus membawa komputer riba yang paling nipis dengan tenaga pemprosesan tinggi daripada HP berkenaan untuk pasaran tempatan.

HP Spectre

HP Spectre 13 ini hadir dengan skrin bersaiz 13.3-inci dengan paparan HD penuh tanpa sokongan skrin sentuh, memori sehingga 8GB RAM, ruangan storan 256GB SSD, dan hadir dengan sokongan USB Type-C untuk pengecasan mahupun untuk pemindahan data.

Pihak HP sendiri menekankan komputer riba ini sebagai sebuah produk premium daripada mereka, dan hanya setebal 10.4mm sahaja. Pengguna turut disediakan dengan papan kekunci bersaiz penuh bersama-sama komputer riba ini. Dari segi penggunaan, HP menjanjikan masa penggunaan sehingga 9 jam.

HP Spectre 13 akan ditawarkan di Malaysia pada bulan Julai 2016 ini pada harga RM5999 untuk versi Intel Core i5, dan RM6900 untuk versi Intel Core i7.

HP Spectre

HP Spectre

Baca : Pandang Pertama HP Spectre 13






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/294BQBE

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.