Hi! Welcome Back and Stay Tune! Resepi Biskut Cornflakes Rangup - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Resepi Biskut Cornflakes Rangup

biskut cornflakes

 

Resepi Biskut Cornflakes Rangup | Salah satu kuih raya yang agak popular dan menjadi kegemaran ramai orang terutama pada Hari Raya Aidilfitri, biskut cornflakes sememangnya sejenis kuih yang amat sedap, gebu dan cair apabila masuk ke dalam mulut.

Tanpa perlu membuang masa lagi, apa kata kita terjah Resepi Biskut Cornflakes Rangup yang telah dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini.

Bahan-Bahan

1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula kastor
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan cornflakes, kisar halus
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
1/2 cawan kismis hitam, lebihkan sedikit jika anda suka
2-3 cawan cornflakes, ramas kasar
Cawan Kertas
Ceri

Cara Penyediaan

1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur. Pukul sehingga sebati.
2. Ayak tepung dan serbuk penaik dalam bekas berasingan dan gaulkan dengan kismis bersama cornflakes yang dikisar halus.
3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega dan kacau sebati. Jangan tambah tepung kerana adunan sepatutnya agak lembik.
4. Biarkan adunan di dalam peti ais selama 5-10 minit.
5. Sudukan adunan dan uli di atas cornflakes yang diramas kasar menjadi bentuk bebola. Masukkan ke dalam cawan kertas dan hias dengan ceri.
6. Bakar dalam oven bersuhu 180ºc selama sekurang-kurangnya 15 minit atau sehingga biskut menjadi sedikit keperangan.
7. Sejukkan pada suhu bilik dan simpan di dalam bekas kedap udara.

The post Resepi Biskut Cornflakes Rangup appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.






Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.