Resepi Kuih Semperit Yang Mudah Dan Sedap
Resepi Kuih Semperit Yang Mudah Dan Sedap | Salah satu kuih raya yang agak popular dan disukai oleh ramai orang terutama pada Hari Raya Aidilfitri, kuih semperit sememangnya sejenis kuih yang amat sedap, gebu dan cair apabila masuk ke dalam mulut.
Tanpa perlu membuang masa lagi, apa kata kita terjah Resepi Kuih Semperit Yang Mudah Dan Sedap yang telah dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini.
Bahan–bahan
Mentega
Tepung gandum
Tepung kastard
Teung jagung
3 biji kuning telur
Esen vanilla
Gula
Cara Penyediaan
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celsius.
2. Ayak tepung jagung, kastard, gandum supaya tepung tidak berbiji.
3. Pukul mentega dan gula.
4. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau hingga rata menggunakan spatula atau senduk.
5. Masukkan campuran tepung ke dalam campuran di atas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dengan menggunakan tangan.
6. Masukkan ke dalam acuan semperit dan tekan sepanjang 4 cm di atas dulang pembakar.
7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu yang diberikan diatas selama 15 hingga 20 minit.
8. Sejukkan dan siap untuk dihidang dan simpan dalam bekas kedap udara.
The post Resepi Kuih Semperit Yang Mudah Dan Sedap appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!
Post a Comment