Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple macOS Sierra Beta Dan iOS 10 Beta Kini Sedia Untuk Diuji Ramai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple macOS Sierra Beta Dan iOS 10 Beta Kini Sedia Untuk Diuji Ramai

Bagi anda yang menggunakan komputer riba Mac daripada Apple, ataupun peranti mudah-alih daripada Apple seperti iPad, iPhone dan iPod Touch – anda kini sudah boleh mencuba sistem operasi generasi baru daripada Apple dalam bentuk beta, sebelum ia diperkenalkan dalam bentuk stabil akhir sekitar bulan September atau Oktober kelak.

Apple Beta

Apple macOS Sierra menawarkan sejumlah fungsi baru, termasuk kemaskini sedikit pada antaramuka, dan juga fungsi baru yang dinantikan ramai iaitu Siri pada Mac. macOS Sierra juga dilengkapi fungsi baru seperti kebolehan mengosongkan ruangan storan secara automatik, fungsi Universal Clipboard dan Tabs untuk multi-tasking.

Baca : Fungsi Baru Pada macOS Sierra

Apple iOS 10 pula menawarkan kemaskini pada skrin kunci utama, disamping menawarkan ciri-ciri lebih pintar melalui Siri dan integrasi aplikasi lain didala Siri. iOS 10 juga akan menawarkan kemudahan menyembunyikan aplikasi yang tidak dikehendaki, mengubah audio-ke-teks ketika panggilan, iMessage yang diberikan nafas baru, dan beberapa fungsi baru lain.

Baca : Fungsi Baru Pada iOS 10

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba versi beta untuk macOS Sierra dan juga iOS 10 hari ini. Tetapi, seperti biasa, mungkin ia tidak begitu stabil sepenuhnya memandangkan dalam fasa beta lagi – dan mungkin terdapat beberapa masalah pepijat yang masih belum dikenal-pasti lagi buat masa ini.

Sertai Program Apple Beta






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29zDNY1

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.