Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Messenger Menguji Fungsi Menghantar Mesej Yang Disulitkan – Hilang Selepas Suatu Tempoh Masa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Messenger Menguji Fungsi Menghantar Mesej Yang Disulitkan – Hilang Selepas Suatu Tempoh Masa

Facebook melalui Messenger telah menyertakan beberapa fungsi baru sejak akhir-akhir ini, dan terkini mereka menyertakan fungsi sokongan penyulitan penuh untuk perkhidmatan permesejan mereka antara penerima dan penghantar.

Fungsi penyulitan penuh ini tidak diaktifkan secara automatik, tetapi perlu diaktifkan melalui fungsi yang dinamakan sebagai Secret Conversation.

Facebook Messenger Chat

Secret Conversation ini hanya boleh diuji oleh sesetengah pengguna terpilih sahaja buat masa ini, dan ia boleh digunakan pada satu peranti sahaja pada sesuatu masa. Melaluinya, pengguna boleh menghantar teks sahaja – dan turut boleh menetapkan tempoh masa untuk mesej berkenaan sebelum dipadamkan atau hilang daripada paparan penerima.

Fungsi ini mungkin akan diminati ramai yang sering menghantar pelbagai maklumat peribadi melalui Facebook Messenger – apatah lagi dengan ramai yang menggunakannya untuk berkomunikasi pada hari ini.

Facebook masih melabelkannya sebagai ujian buat masa ini, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan dilancarkan secara rasminya kepada semua pengguna.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29BNeX8

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.