Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Akan Menguji Fungsi Muat-Turun Video Untuk Ditonton Tanpa Talian Internet - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Akan Menguji Fungsi Muat-Turun Video Untuk Ditonton Tanpa Talian Internet

Di negara-negara membangun, kos untuk data pada peranti mudah-alih masih tinggi membuatkan ramai yang tidak menonton video ketika menggunakan internet pada telefon pintar atau tablet. Menyedarinya, sebelum ini Google telah memperkenalkan fungsi YouTube Offline. Kini, Facebook turut dilihat akan hadir dengan fungsi yang lebih kurang sama.

Facebook dijangka akan memulakan ujian untuk kebolehan muat-turun video dan menontonnya tanpa talian internet bermula dari 11 Julai kelak. Facebook memilih negara India untuk memulakan ujian ini – lebih kurang seperti WhatsApp yang memilih India untuk menguji fungsi panggilan audio sebelum ini.

Melalui fungsi ini, pengguna boleh sync pelbagai video terus ke peranti mudah-alih mereka, dan seterusnya menonton tanpa talian kelak.

Fungsi ini juga akan dimudahkan lagi dengan kini Facebook menyediakan sebuah tab khusus untuk video pada aplikasi mudah-alih mereka.

Facebook mengatakan video tersebut akan disimpan pada aplikasi mereka dan tidak diperlihatkan pada memori peranti untuk mengelakkan berlaku sebarang pelanggaran hak cipta atau diedarkan tanpa pengetahuan penerbit. Para pemilik Facebook Pages juga turut boleh mengawal sama ada ia dibenarkan untuk muat-turun ataupun sebaliknya.

Ia tidak diketahui bilakah fungsi sama akan diperluaskan kepada pengguna di luar India.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29ukHiU

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.