Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mozilla Mengumumkan Context Graph – Ingin Memudahkan Pengguna Menemui Kandungan Web - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mozilla Mengumumkan Context Graph – Ingin Memudahkan Pengguna Menemui Kandungan Web

Pada pelayar web, boleh dikatakan butang “Forward” agak jarang digunakan ramai, dan hanya ditekan sekiranya pengguna tertekan butang “Back” secara tidak sengaja. Kini, Mozilla ingin merevolusikan butang “Forward” pada pelayar web dan ingin menjadikannya lebih berguna melalui projek mereka yang dinamakan sebagai Context Graph.

Melalui Context Graph, Mozilla mengatakan mereka ingin memudahkan para pengguna menemui pelbagai kandungan dan perkara baru di web berdasarkan kepada kaedah pelayaran seseorang. Sebagai contoh, sekiranya anda sering melayari laman web dan kandungan berkaitan teknologi, maka anda akan ditawarkan dengan kandungan yang berkaitan dengannya apabila menekan butang “Forward” berkenaan.

Mozilla Context Graph

Buat masa ini, sebahagian daripada fungsi penuh Context Graph ini sedang diuji melalui Test Pilot – iaitu Activity Stream.

Untuk menjayakan fungsi ini, Mozilla akan mengumpulkan pelbagai data pelayaran pengguna. Walaubagaimanapun, seperti projek Mozilla lain, enjin Context Graph ini akan ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka.

Context Graph ini masih pada peringkat awal pembangunan – dan mungkin kita akan melihatnya hadir pada Firefox dalam beberapa bulan lagi.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29k4JtV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.