Hi! Welcome Back and Stay Tune! Azmin Ali rujuk surat SPR kepada peguam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Azmin Ali rujuk surat SPR kepada peguam

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor mengesahkan telah menerima jawapan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi.

Namun beliau berkata  mahu merujuk jawapan terhadap surat yang dihantarnya kepada SPR kepada peguamnya.

Surat itu adalah sebagai jawapan kepada surat yang dihantarnya beberapa hari lalu berkaitan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini kerana pihak peguam mempunyai pandangan sendiri berhubung surat SPR itu.

“Peguam ada pandangan mereka dan akan menyiapkan satu kenyataan yang akan saya keluarkan awal pagi esok (hari ini) untuk menjawab surat SPR itu,” kata Azmin.

Azmin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menyantuni Suara Rakyat di Dewan Jubli Perak, Shah Alam malam tadi.

“Pertemuan dengan SPR perlu agar kerajaan negeri mendapat maklumat terperinci asas mengenai persempadanan semula tersebut,” katanya.

Menurut Azmin, pertemuan tersebut juga diputuskan setelah Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) mengambil maklum cadangan SPR dan membantahnya. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.