Uber Mula Meminta Pemandu Merakamkan Selfie Sebelum Menerima Sesuatu Tugasan
Uber kini telah mula memperkenalkan salah satu fungsi baru di Amerika Syarikat (dan secara berperingkat ke pasaran global), iaitu keperluan untuk merakamkan gambar selfie seseorang pemandu sebelum menerima sesuatu tugasan untuk memandu pengguna ke destinasi.
Langkah ini dikatakan sebagai langkah keselamatan tambahan, dan sekaligus membolehkan Uber mengesahkan identiti seseorang pemandu seperti mana yang didaftarkan.
Perkara ini juga dikatakan akan terus meningkatkan keyakinan pengguna berkenaan keselamatan ketika menggunakan perkhidmatan tersebut.
Pengesahan identiti dilakukan secara automatik berdasarkan algoritma berasaskan kepada Microsoft Cognitive Services. Ia akan mengecam wajah pengguna, dan membandingkan dengan rakaman selfie berkenaan sebelum membolehkan pemandu menerima sesuatu tugasan. Sekiranya ia tidak selari, maka Uber akan mengantung akaun pemandu berkenaan untuk seketika.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cBa8g0
Post a Comment