Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mayat lelaki dikerat dijumpai di dalam peti sejuk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mayat lelaki dikerat dijumpai di dalam peti sejuk

BANGKOK: Jika di negara ini kita pernah mendengar bagaimana manusia dikerat sehingga 18 keratan kemudiannya disembunyikan di bawah simen di belakang rumah, lain pula kisahnya di Thailand.

Ketika melancarkan gerakan pembanterasan pasport palsu, polis Thailand tidak menyangka menemui sesuatu yang lebih daripada itu.

bangkok-post-0000

Mereka  menjumpai mayat seorang lelaki yang dikerat beberapa bahagian di dalam sebuah peti sejuk.

Mayat yang dipercayai lelaki asing, berambut perang ditemui di dalam sebuah peti sejuk besar di tingkat bawah.

Bagaimanapun, polis masih berusaha mengenal pasti identiti mayat berkenaan.

“Mayat dikerat dengan objek tajam kepada enam bahagian, dimasukkan ke dalam beg hitam dan dibawa masuk ke dalam peti sejuk,” kata Ketua Polis Bangkok Sanit Mahathavorn sebagaimana dipetik BBC.

Serbuan dilakukan di sebuah rumah kedai lima tingkat di Sukhumvit.

bangkok-post-0001

Polis berkata aktiviti pemalsuan pasport dan pengedaran dadah berlaku di situ.

Pegawai polis seperti dipetik BBC dan Bangkok Post berkata, pihaknya masih belum mengetahui kaitan lelaki berkenaan dengan operasi pemalsuan pasport.

Lima warga asing ditahan dan seorang pegawai polis cedera ditembak semasa operasi.

Sanit berkata, suspek yang ditahan terdiri daripada seorang warga Britain, dua warga Amerika dan seorang pembantu rumah Myanmar dan suaminya.

Ketika serbuan seorang suspek melepaskan tembakan dan mencederakan seorang pegawai polis di perut. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.