Hi! Welcome Back and Stay Tune! AHLI PARLIMEN HARAPAN, TERMASUK MUHYIDDIN KELUAR DEWAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AHLI PARLIMEN HARAPAN, TERMASUK MUHYIDDIN KELUAR DEWAN

Dewan Rakyat hari ini kecoh ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 apabila wakil rakyat Pakatan Harapan bertindak meninggalkan dewan.

Semuanya bermula apabila Najib menolak dakwaan “seorang pemimpin pembangkang” yang berkata Malaysia mengharungi ribut ekonomi sukar pada tahun ini.

Jelasnya, bajet yang dibentangkan hari ini bukannya satu sandiwara atau belanjawan pilihan raya seperti yang didakwa.

Wakil rakyat pembangkang kecuali PAS bertindak mengangkat plakad “Siapa MO1”.

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia cepat campur tangan dan meminta agar Najib yang juga adalah menteri kewangan tidak diganggu.

Speaker yang gagal mengawal keadaan kemudian menjadi berang dan menjerkah: “Duduk yang berhormat”.

Beliau juga berkata, pihak yang tidak mahu mendengar pembentangan belanjawan itu boleh keluar dari dewan.

Wakil pembangkang bagaimanapun benar-benar keluar dewan dan sempat diperli Najib bahawa rakyat dapat menilai perangai mereka.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara apabila wakil rakyat bertindak memulaukan pembentangan belajawan.

Turut meninggalkan Dewan adalah bekas timbvalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini adalah pengerusi BERSATU.

Tutut berbuat demikian adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dari PAS.

MKINI

.



Penyumbang : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2esutUS

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.