Belanjawan 2017 – Kerajaan Berhasrat Menubuhkan Digital Free Zone Pertama Di Dunia
Sejumlah besar peruntukkan disediakan oleh kerajaan dalam memperkembangkan arena digital tempatan, apatah lagi dengan tahun 2017 yang disasarkan untuk menjadi tahun ekonomi internet. Selari dengannya, kerajaan melalui Belanjawan 2017 turut mengumumkan hasrat untuk menubuhkan Digital Free Zone pertama di dunia.
Apakah yang dimaksudkan dengan Digital Free Zone masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Daripada penerangan ringkas, Najib Razak mengatakan ia “menggabungkan zon fizikal dan maya, dengan penambahan perkhidmatan online dan digital bagi memudahkan e-dagang antarabangsa, dan merangsang inovasi berteraskan internet”.
Selain daripada itu, kerajaan juga memperuntukkan MDEC dengan RM162 juta ringgi untuk terus menambah-baik arena digital tempatan melalui ekosistem e-dagang, Digital Maker Movement, serta pengenalan lokasi baharu sebagai Hab Digital Malaysia.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2e76MRZ
Post a Comment