Belanjawan 2017 – 430,000 Pendidik Akan Menerima Tablet Bantuan Mengajar
Bersama-sama pengumuman beberapa perkara berkaitan arena digital dan internet, melalui Belanjawan 2-7 juga, kerajaan mengumumkan penawaran tablet percuma untuk lebih kurang 430,000 tenaga pengajar di seluruh negara dalam memudahkan proses pengajaran.
Untuk tujuan berkenaan, melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, sebanyak RM340 juta diperuntukkan – menjadikan sekitar RM790 untuk setiap tablet.
Tablet apakah yang akan ditawarkan tidak diberitahu buat masa ini. Sebelum ini, beberapa rakan kami yang dalam industri pendidikan telah menerima tablet percuma, iaitu model Huawei MediaPad T1 7.0. Kami kurang pasti sama ada penawaran model tablet adalah sama untuk semua sekolah, ataupun mempunyai penawaran model yang berbeza.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ep9cif
Post a Comment