Hi! Welcome Back and Stay Tune! Belanjawan 2017 – Kelajuan Langganan Internet Sedia Ada Akan Dipertingkat Bermula Januari 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Belanjawan 2017 – Kelajuan Langganan Internet Sedia Ada Akan Dipertingkat Bermula Januari 2017

Pada hari ini, Belanjawan 2017 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, dan pada masa yang sama, arena digital dan internet turut mendapat perhatian. Dengan perkembangan arena internet, kerajaan turut dilihat ingin memfokuskan kepada meningkatkan kelajuan akses internet di seluruh negara.

Belanjawan 2017

Menurut Najib Razak, bermula Januari 2017 kelak, langganan jalur-lebar dengan talian tetap akan dipertingkatkan kelajuannya, tetapi dikekalkan pada harga yang sama. Sebagai contoh, pelanggan 5mbps pada hari ini akan menerima kelajuan 10Mbps bermula Januari 2017 tetapi pada harga langganan sama RM149.

Disamping itu, kerajaan turut menjanjikan dalam tempoh dua tahun akan datang ini, pelbagai pakej langganan data akan dipertingkatkan kepada dua kali ganda kelajuan, tetapi pada penurunan harga sehingga 50%. Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia juga akan menyediakan RM1 bilion untuk mempertingkatkan liputan internet dan menawarkan kualiti jalur-lebar sehingga 20 megabit sesaat di seluruh negara.

Menyentuh mengenai arena sama, Najib Razak mengumumkan kerajaan akan melancarkan inisiatif supaya perkhidmatan jalur lebar di universiti awam dipertingkatkan kepada maksimum 10 gigabit sesaat.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ezITAG

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.