Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maria: Jadi apa kalau BERSIH 4 lebih ramai Cina? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maria: Jadi apa kalau BERSIH 4 lebih ramai Cina?

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah menjawab dakwaan bahawa pemantau pilihan raya itu membuang masa dan wang dengan mengadakan satu lagi perhimpunan mega pada 19 November.

Katanya, empat perhimpunan BERSIH sebelum ini telah mendorong berlakunya perubahan, meskipun kehadiran BERSIH 4 pada tahun lepas lebih ramai disertai kaum Cina.

Antara kesan tersebut ialah pembentukan jawatankuasa pilihan parlimen mengenai pembaharuan pilihan paya, penggunaan dakwat kekal dan jumlah keluar mengundi sehingga 83 peratus.

Lebih ketara, katanya, adalah hakikat bahawa rakyat Malaysia bersama-sama untuk satu matlamat tanpa mengira kaum.

“Buat kali pertama kita bersama-sama apabila kita menjalankan protes jalanan kita – bukan sebagai satu bangsa, tetapi sebagai rakyat Malaysia.

“Jika anda kata BERSIH 4 terdiri daripada majoriti Cina – ya, tetapi saya tidak menjadikannya alasan.

“Ada orang Melayu dan juga kaum-kaum lain dan bersama-sama saya menganggap mereka sebagai rakyat Malaysia yang ingin mempunyai suara dalam sistem yang menindas ini.

“Jadi apa kalau lebih daripada satu kaum – adakah rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk bercakap” soalnya di Facebook.

Maria berkata kegagalan BN mendapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008, dan pengurangan majoriti BN dalam pilihan raya umum 2013 sebagai bukti bahawa perhimpunan BERSIH pada 2007 hingga 2012 mempunyai kesan.

“(BERSIH) memecahkan faktor ketakutan dan juga mencabar politik perkauman,” katanya.

“Saya tak fikir ada sesiapa telah membuang duit (dengan menderma kepada Bersih),” katanya.

MKINI

.

 



Penyumbang : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2egdl6a

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.