Hi! Welcome Back and Stay Tune! PENUNGGANG BERSIH, MEDIA DISERANG BERSIH SENDIRI – JAMAL YUNOS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PENUNGGANG BERSIH, MEDIA DISERANG BERSIH SENDIRI – JAMAL YUNOS

Dalam kenyataan mengejutkan, pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, lelaki yang menyerang penyokong BERSIH di Sabak Bernam dan mengasari petugas media di Kuala Selangor sebenarnya adalah daripada BERSIH.

“Saya ingin menyatakan bahawa kekerasan adalah provokasi daripada BERSIH.

“Apa yang berlaku di Sabak Bernam, penunggang berbaju kuning yang diterajang dari belakang itu adalah diupah oleh BERSIH dengan pakai T Shirt sama seperti yang kami pakai. Boleh didapati di mana-mana,” kata Jamal.

Ditanya mengenai kekasaran terhadap wartawan minggu lalu, Jamal berkata bahawa ia juga adalah daripada BERSIH.

Bercakap kepada media selepas perhimpunan balas menentang konvoi BERSIH di Kapar, Jamal berkata beliau tidak akan terkejut jika BERSIH tiba-tiba “diserang” oleh penyamar yang memakai T-shirt merah.

Kumpulan Baju Merah itu berkumpul di sebuah stesen minyak dekat pejabat PKR Kapar di mana BERSIH mengakhiri konvoi mereka.

Kedua-dua kumpulan bersurai pada pukul 3.30 petang secara aman dan tanpa kejadian tidak diingini.

MKINI

.

 



Contributer : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2eDJKl5

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.