Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Ikan Laga Ini Boleh Beli Sebuah Motor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Ikan Laga Ini Boleh Beli Sebuah Motor

Harga Ikan Laga Ini Boleh Beli Sebuah Motor

ikan

Seekor ikan laga unik telah dibeli dengan harga 53,500 baht (RM6,608) menerusi proses bidaan secara dalam talian di Bangkok.

Ikan ini amat unik kerana memiliki sisik mirip warna bendera rasmi Thailand.

Harga ini menjadikannya sebagai ikan laga paling mahal yang pernah dijual di dunia.

Ikan itu yang ada garisan melintang berwarna merah, biru dan putih di badannya sekaligus mencetuskan sensasi internet di Thailand.

Pembiaknya, Kachen Worachai memuat naik gambar menerusi laman bidaan ikan laga di Facebook.

Kata Kachen,  dia  terkejut apabila bidaan mencecah angka 10,000 baht (kira-kira RM1,237) pada hari kedua.

Harga bidaan pembukaan cuma 99 baht (RM12) dan menjadi rebutan kerana keunikannya.

Sebelum ini, terdapat beberapa cubaan oleh pembiak lain untuk membiakkan ikan dengan jaluran warna bendera Thailand pada badannya, namun masih belum ada yang berjaya. -PENMERAHDOTCOM

 

The post Harga Ikan Laga Ini Boleh Beli Sebuah Motor appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.