Mark Zuckerberg Mula Memerangi Berita Palsu Yang Dikongsikan Melalui Facebook
Perkongsian mengenai berita palsu telah menjadi salah satu fokus utama sejak pilihanraya Presiden di Amerika Syarikat. Sejak daripadanya, Mark Zuckerberg telah mengatakan lebih 99% kandungan di Facebook adalah benar, dan hanya segelintir kecil sahaja berita palsu.
Sebelum ini, Facebook dan Google telah mengumumkan pengharaman laman berita palsu daripada menggunakan platform pengiklanan mereka, dan hari ini Mark Zuckerberg berkongsi lanjut mengenainya.
Mark mengatakan mereka akan mengenal-pasti berita palsu dengan lebih baik selepas ini, selain memudahkan lagi pengguna untuk membuat laporan mengenai sesuatu laporan atau berita palsu.
Disamping itu, Facebook akan bekerjasama dengan beberapa pihak ketiga dalam mempelajari kaedah pantas mengenal-pasti laporan palsu.
Facebook juga kelak akan mengintegrasikan sebuah label khusus berbentuk amaran untuk beberapa berita atau kisah yang dikongsikan melalui platform mereka sekiranya ia telah dilabelkan oleh komuniiti atau pihak ketiga.
Mark Zuckerberg sendiri menekankan beberapa perkara ini akan berjalan dengan lancar, tetapi mungkin juga ada yang sebaliknya. Apa pun, beliau mengatakan akan memberikan lebih penekanan terhadap masalah berita palsu ini dalam mengatasinya.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2fr2ILs
Post a Comment