Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Rompakan Kedai Emas Di Tesco Puchong, Video Dirakam Pengunjung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Rompakan Kedai Emas Di Tesco Puchong, Video Dirakam Pengunjung

Kes Rompakan Kedai Emas Di Tesco Puchong, Video Dirakam Pengunjung

rakam

Beberapa perompak berjaya melarikan 8 dulang barang kemas dalam satu rompakan di kedai menjual barang kemas di sebuah pasar raya di Puchong.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata polis dimaklumkan mengenai insiden itu kira-kira pukul 11.10 pagi Sabtu.

Berdasarkan kenyataan awal, 6 lelaki memakai topi keledar dan jaket hijau membawa bersama tukul besi semasa insiden di tingkat bawah pasar raya tersebut.

Ini kenyataan polis:

“Empat suspek masuk ke dalam kedai manakala seorang lagi berada di luar.

“Seorang lagi suspek menunggu di dalam sebuah kereta jenis Toyota Wish,”

Perompak tersebut kemudiannya melarikan diri bersama barang kemas yang dirompak.

Setakat ini jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata secara berkumpulan.

Sementara itu sebuah video amatur berjaya dirakam oleh saksi kejadian. -PENMERAHDOTCOM

Ini videonya:

The post Kes Rompakan Kedai Emas Di Tesco Puchong, Video Dirakam Pengunjung appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.