Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kita Mungkin Dapat Melihat Kembali Telefon Berjenama Nokia Pada 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kita Mungkin Dapat Melihat Kembali Telefon Berjenama Nokia Pada 2017

Nokia sebelum ini telah menjual bahagian peranti mereka kepada Microsoft, dan dibawah perjanjian tersebut, Nokia tidak boleh mengeluarkan peranti mereka sendiri sehingga penghujung 2016 kelak. Dengan pengakhiran tempoh berkenaan, kini ramai yang menantikan telefon keluaran Nokia kembali di pasaran.

Sebagai langkah awal untuknya juga, Nokia sebelum ini telah melesenkan jenama mereka kepada sebuah syarikat baru yang dinamakan sebagai HMD Global, memberikan mereka hak untuk pengeluaran telefon pintar dan tablet Nokia.

Dibawahnya, HMD Global akan memiliki lesen eksklusif selama 10 tahun akan datang, selain Nokia Technologies pula akan menerima royalti daripada penjualan produk berjenama Nokia.

Nokia 2017

Kini, lanjutan daripadanya, sebuah slaid tertiris ke arena web, memperlihatkan dan mengesahkan peranti berjenama Nokia akan hadir ke pasaran pada 2017 kelak.

Perkara ini juga selari dengan pelbagai desas-desus yang hadir ke arena web sebelum ini.

Apa pun, menjadi persoalan adalah sama ada ia akan membawakan binaan dan rekaan seumpama peranti Nokia lain sebelum ini, ataupun sekadar hadir dengan peranti berjenama Nokia semata-mata – lebih kurang seperti penawaran peranti berjenama lain di pasaran.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2g82SZA

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.