Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelan Hotlink Baru Kini Menawarkan Penambahan Panggilan Percuma Dan Data Untuk YouTube - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelan Hotlink Baru Kini Menawarkan Penambahan Panggilan Percuma Dan Data Untuk YouTube

Hotlink merupakan penawaran pelan prabayar daripada Maxis. Sebelum ini, Hotlink menjadi terawal menawarkan data pada kelajuan 64kbps secara percuma untuk pelanggan Hotlink, dan turut telah memperkenalkan pelan Hotlink Fast yang menawarkan data 8GB secara percuma untuk digunakan pada hari Sabtu dan Ahad.

Hotlink Baru

Terkini, Maxis turut hadir dengan penambahan baru, iaitu menawarkan data tambahan khusus untuk YouTube, selain turut hadir dengan minit panggilan percuma sebanyak 100 minit sekiranya pelanggan Hotlink melanggan pakej bulanan RM50.

Melalui pakej RM50 ini, pengguna akan menerima :

  • 5GB data untuk digunakan pada sebarang masa
  • 100 minit panggilan percuma untuk semua rangkaian.
  • 4GB percuma untuk YouTube. Perlu dial *868# untuk mengaktifkannya.
  • 8GB percuma (sebulan) untuk penghujung minggu – Sabtu dan Ahad

Hotlink Baru

Bersama kemaskini untuk pelan RM50, pelan RM38 dengan 3GB data dan juga RM30 dengan 2GB data juga kini hadir dengan penawaran kuota percuma untuk YouTube sebanyak 4GB.

Untuk menikmati pelan ini, pengguna terlebih dahulu perlu mengaktifkan pelan Hotlink Fast dengan mendail *100# dan memilih untuk menaik-taraf ke pelan Hotlink 4G Fast Plan. Seterusnya, anda boleh menikmati pelbagai penawaran baru ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2fZUPxQ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.