Qualcomm Snapdragon 835 Akan Hadir Dengan Teknologi 10-nanometer, Quick Charge 4.0
Qualcomm hari ini telah berkongsi info awal berkenaan cip pemprosesan terbaru mereka yang akan digunakan pada pelbagai telefon pintar baru 2017 kelak, iaitu cip Snapdragon 835. Cip pemprosesan ini akan menjadi cip pertama daripada Qualcomm yang menggunakan teknologi rekaan 10-nanometer, dan dikeluarkan oleh Samsung.
Dengan penggunaan rekaan 10-nanometer, cip Snapdragon 835 akan menggunakan tenaga yang lebih rendah berbanding sebelumnya, sekaligus menawarkan kuasa pemprosesan dan keefisyenan yang lebih baik. Menurut Qualcomm, Snapdragon 835 akan menggunakan tenaga kurang 40% berbanding sebelumnya, dan pada masa yang sama menawarkan kuasa pemprosesan 27% lebih baik.
Bersama-sama dengan cip ini, disertakan adalah fungsi Quick Charge 4.0 yang membolehkan pengecasan sehingga 50% dalam masa 15 minit.
Peranti menggunakan cip pemprosesan ini dijangka hadir ke pasaran pada awal 2017 kelak.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2g1ZoI3
Post a Comment