Hi! Welcome Back and Stay Tune! Porsche Design Huawei Mate 9 Akan Dijual Pada RM6999 – Mate 9 Pro Bakal Turut Ke Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Porsche Design Huawei Mate 9 Akan Dijual Pada RM6999 – Mate 9 Pro Bakal Turut Ke Malaysia

Huawei Malaysia semalam telah mengumumkan penawaran Huawei Mate 9 versi biasa untuk pasaran tempatan bermula minggu hadapan pada harga RM2699. Terkini, ia dilihat selain Mate 9 biasa, Huawei Malaysia juga mempunyai perancangan untuk memperkenalkan dua lagi peranti dibawah keluarga sama, iaitu Huawei Mate 9 Pro dan juga Porsche Design Huawei Mate 9.

Huawei Mate 9 Harga

Info ini hadir daripada perkongsian pihak Huawei bersama pengedar peranti berkenaan di Malaysia dan dikongsikan oleh MDroid. Huawei Mate 9 Pro dan juga Porsche Design Huawei Mate 9 bakal ke pasaran tempatan pada 22 Disember 2016 – dalam tempoh sebulan lagi.

Huawei Mate 9 Pro

Daripada apa yang dikongsikan, dua variasi Huawei Mate 9 Pro akan ditawarkan – iaitu gabungan 4GB RAM dan 64GB storan pada harga RM3199, dan 6GB RAM dan 128GB storan pada harga RM3399.

Membezakan berbanding Huawei Mate 9 biasa, versi Mate 9 Pro hadir dengna skrin sedikit melengkung pada tepi bersaiz 5.5-inci dengan paparan 2K, serta menggunakan paparan cap jari pada bahagian hadapan.

Dan sekiranya anda inginkan peranti dengan jenama Porsche Design, ia yang hadir dengan 6GB RAM serta 256GB storan pada harga RM6999.

Huawei Mate 9 Porsche Design






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2fQxTRp

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.