Super Mario Run Akan Dilancarkan Untuk iPhone Dan iPad Pada 15 Disember 2016
Nintendo sebelum ini telah membuat kejutan pada acara Apple, dan mengumumkan mereka bakal hadir dengan permainan baru menggunakan watak ikonik Mario, dinamakan Super Mario Run. Kini, lanjutan daripada pengumuman berkenaan, Nintendo hari ini mengatakan permainan berkenaan akan dilancarkan secara rasminya pada 15 Disember 2016 kelak.
Melalui permainan ini, ia dioptimasikan untuk skrin peranti mudah-alih, dan boleh dimainkan menggunakan hanya sebelah tangan. Ia akan ditawarkan secara percuma dengan ciri-ciri terhad, dan pengguna akan diperlukan membayar $9.99 untuk mendapatkan permainan penuh Super Mario Run ini.
Menariknya, berbeza dengan Miitomo yang masih belum dilancarkan sehingga kini untuk pasaran Malaysia, Nintendo menyenaraikan Malaysia sebagai antara negara yang akan ditawarkan permainan Super Mario Run ini.
Selain untuk iOS, permainan sama dijangka hadir untuk platform Android – tetapi mungkin akan mengambil masa beberapa bulan selepas pelancarannya.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2fSFrBY
Post a Comment