Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selalu Melayan Kerenah Anak Sehingga Bertukar Menjadi ‘Singa’, Sekali Sekala Perlu Juga Dapat Some “Me Time” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selalu Melayan Kerenah Anak Sehingga Bertukar Menjadi ‘Singa’, Sekali Sekala Perlu Juga Dapat Some “Me Time”

nak-me-time

Bila dah berumah tangga dan anak pun dah ramai, bila agaknya kali terakhir anda mendapat ‘me time’? Bila kali terakhir anda dapat peluang untuk buat aktiviti luar yang anda gemar? Sudah tentu segala aktiviti kewanitaan setelah anda tinggalkan demi menjaga dan menguruskan rumah tangga.

Mereka yang dulunya kulit lembut, ayu dan sopan tutur katanya kini bertukar menjadi ‘singa’ (bukan selalu) apabila berdepan dengan ragam anak-anak 24/7 tanpa cuti selain menguruskan hal-hal rumah tangga.

Jika ianya berterusan, boleh juga membuatkan para isteri letih dan murung. Jadi, apa kata para suami di luar sana baca perkongsian ini agar dapat memahami sedikit sebanyak perkara yang dilalui oleh isteri masing-masing dengan harapan, bantu atau ambil alih tanggungjawab isteri seketika agar mereka dapat meluangkan masa untuk ‘me time’ yang diperlukan. Bukan lama pun.. hehe..

Wanita Dah Berumah Tangga Perlu Juga Dapat Some “Me Time”

Being a mom, especially if u are a housewife memang kena melayan anak 24/7 tanpa cuti. Even sendiri tengah sakit pun tetap kena jaga anak, no off day. Dulu masa aku baru ada anak satu (Muhammad Ali), aku memang tak pernah berenggang dengan dia. Pernah sekali ada hal nak kena settlekan, aku terpaksa tinggalkan Ali dengan Mak dan Akak.

Kejap-kejap aku akan call, msg tanya Ali ok tak? Ali ok tak? Risau betul aku. Mesti orang rimas hehehe. Dan pernah sekali tu suami aku tak sihat, aku yang kena keluar sendiri pergi pasar nak beli barang dapur. Masa awal pagi Ali tengah tidur, aku cepat-cepat pergi. Kelam-kabut nak cepat je beli barang, hati tak tenang tinggalkan anak even dengan suami sendiri. Belum part tetek dah membengkak, susu time. Lagi la bertambah cepat nak balik. I was a super clingy mom.

Tapi bila Ali dah dapat adik, Abu Fattah dah lahir, banyak benda dah berubah. Anak dah bertambah, anak dah makin membesar, 24/7 kau kena melayan kerenah anak-anak. Penat. Kena deal dengan fasa tantrum dan layan drama-drama lain lagi, dan kau dah tak ayu macam masa awal-awal kau baru jadi seorang ibu. Dulu lembut je, nak jentik atau jerit sikit dekat anak pun tak sanggup. Tapi bila kau dah masuk fasa mommy monster ni sedetik pasti kau akan terasa, sometimes I wish aku dapat some “me time”.

Beruntung kalau ada suami atau keluarga yang memahami dan boleh bertolak ansur menolong. Walaupun dah jadi seorang Ibu, tapi still boleh keluar dengan kawan-kawan, still boleh pergi mencantikkan layan diri seorang-seorang. Kalau yang berkemampuan boleh pergi spa, pergi salon. Just some “me time” alone, away from the kids. Tak lama. Sekejap je.

Kalau Bapak-bapak boleh lari kejap untuk hisap rokok everytime lepas makan, kadang-kadang Mak-mak pun nak jugak mandi atau berak dengan tenang tanpa sebarang gangguan. Itupun dah cukup heaven. Dapat pergi Giant ke Mydin ke dalam sejam sorang-sorang, tak bawak anak-anak pun dah dapat sedikit kelegaan. Bukan nak lari dari tanggungjawab, tapi just nak some “me time”.

Kalau nak tau, walaupun aku kuat tidur dulu, but I used to be an active person. Bukanlah seorang atlit, tapi aktif. Dari zaman sekolah lagi aku akan join any sports. Lumba lari, bola baling, bola jaring, perbarisan, kadet remaja sekolah, setiap tahun ada je join camping. Jungle tracking memang suka sangat. Other than sports, dari tadika lagi sampai zaman Uitm aku join tarian. Memang taknak duduk diam. Tapi bila dah kahwin, aku slow slow jadi terlalu relax. Dah kurang bersukan. Nak berehat sangat agaknya. Ataupun aku sendiri yang jadi malas. Dan bila dah ada anak, memang tak sempat. Jadi semua tu lah nak dijadikan alasan.

Dulu masa zaman belajar, malam-malam aku selalu makan nasi lemak sebungkus, dan 3 biji burger sekali gus. Badan kecik tapi selera besar. Berat badan memang tak akan naik. Tapi bila dah lepas bersalin, especially lepas dah tak breastfeedkan anak-anak lagi, tahun ni je berat aku naik 10kg. Badan memang totally dah berubah. Tak macam dulu lagi.

Makan tak jaga memang berat akan naik. Bukan senang nak kawal berat badan rupanya. Baru aku tau. Orang perempuan ni janganlah kita nak komen pasal berat dia. Memang sensitif dan boleh merajuk. Lepas bersalin dah lah body out of shape, stretch marks tak hilang lagi. Kalau dulu nak telanjang bulat depan suami pun tak malu. Sekarang ni nak bersama pun kalau boleh tutup lampu dalam gelap je, malu dengan body sendiri.

Macam mana la nak cantik-cantik balik, kalau “me time” sikit pun tak pernah dapat. Me time bukan untuk nak cantik je, tapi cukup untuk stabilkan balik emosi diri. Bila dah terlalu penat, kita akan cepat marah. Anak-anak jadi mangsa. Kadang-kadang bila sorang-sorang ni kita dapat muhasabah diri.

Tapi tak semua orang beruntung boleh dapat some me time. Single mothers atau ibu-ibu yang berjauhan dengan suami, suami askar kena duduk dekat kem atau suami kerja offshore berbulan-bulan tak dapat balik. Golongan ibu-ibu kuat ni lah yang semua benda diaorang buat sendiri. Tak ada me time pun. Kena hadap semua benda sendiri. Tak semua orang beruntung. Kalau ada duit, mungkin tak ada masa, kalau ada masa, mungkin kesihatan tak mengizinkan. Lain orang lain bahagiannya.

Dan nak dijadikan cerita, malam semalam aku dapat peluang join #PutrajayaNightMarathon. Aku join lari sorang. That’s my me time. Tengah semput-semput lari, dapat call kata anak demam panas pulak. Tak tenang hati jadinya. Me time dah dapat, tapi emosi aku entah kemana memikirkan anak yang tak sihat. Itulah kehidupan. Once dah jadi Ibu bapa, sampai Akhirat kita akan terikat dan bertanggungjawab akan perihal anak-anak. Semoga Allah berikan kebaikan dan ganjaran untuk kita semua ibu bapa yang masih bersabar dan kuat dalam membesarkan anak-anak kita ini.

Dalam sibuk menguruskan hal rumah tangga, dalam tengah stress dengan semua benda, jangan lupa urusan untuk diri sendiri. Jika ada kesihatan yang baik, pergilah buat apa yang selama ni teringin sangat nak buat. Janji jaga diri, jaga maruah suami dan keluarga. Jangan jadikan alasan anak-anak penghalang untuk buat apa yang baik untuk diri kita.

Macam aku ni, banyak benda yang aku nak ubah untuk kebaikan masa depan. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Jangan malas. Sayangi diri kita sendiri. Bak kata Fazura “just keep loving yourself”. Hehehe. Remember, a happy wife, a happy life. Hang on Mummy, Ibu, Mak, Umi, Mama… You are not alone.

Kredit : Intan Nadiah

The post Selalu Melayan Kerenah Anak Sehingga Bertukar Menjadi ‘Singa’, Sekali Sekala Perlu Juga Dapat Some “Me Time” appeared first on RinganBerat.com.



Sumber RinganBerat.com http://ift.tt/2g80Ydt

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.