Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zakir Naik Tidak Diberi Kerakyatan Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zakir Naik Tidak Diberi Kerakyatan Malaysia

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan Dr Zakir Naik kini rakyat Malaysia – Foto FMT

PUTRAJAYA – Penceramah bebas, Dr Zakir Naik tidak diberi kewarganegaraan Malaysia, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

“Kami tidak memberikan kewarganegaraan secara automatik melainkan jika orang yang dilahirkan di negara ini kepada ibu bapa Malaysia,” kata Nur Jazlan dalam satu mesej kepada The Star Online.

Tambahnya, beliau tidak berfikir bahawa Dr Zakir mahu memohon kerakyatan untuk menjadi warganegara Malaysia.

“Dr Zakir bukanlah personaliti agama yang penting bagi rantau Asia Tenggara, malah kita harus mempunyai model Islam kita sendiri yang bersederhana sesuai dengan budaya sopan daripada penduduk di sini. Dia lebih kepada budaya India dan Asia-Sentrik tetapi beberapa idea-ideanya boleh digunakan di sini, dan sebab itulah beliau telah dianugerahkan anugerah Tokoh Maal Hijrah,” jelas Nur Jazlan.

Sebelum ini Hindustan Times di India melaporkan bahawa Dr Zakir telah diberi kerakyatan Malaysia.

Laporan itu mendakwa Dr Zakir bersembunyi di Malaysia selepas Yayasan Penyelidikan Islam beliau (IRF) telah diharamkan oleh pihak berkuasa India.

Laporan itu juga memetik wakil beliau mengesahkan perkembangan terkininya itu dengan berkata, kerakyatan Malaysia yang ditawarkan kepadanya termasuk dalam pakej perjanjian ketika beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada 2013.

“Menjadi polisi di Malaysia untuk menawarkan kerakyatan kepada individu yang diberi anugerah dan Dr Zakir Naik adalah rakyat Malaysia sekarang,” lapor media itu tanpa menyebut nama wakil penceramah bebas tersebut.

Laporan itu juga mendakwa Dr Zakir berada di Malaysia sebagai taktik untuk mengelak disiasat Agensi Penyiasatan Nasional India (NIA).

Terdahulu pihak berkuasa India mengesyaki beliau berada di Thailand atau Afrika.

KLIK BACA: Najib kesal rakyat percaya ilmu hitam

TERKINI VIDEO: Jamal Yunos dicabar bertarung dengan kucing jantan

WAWANCARA THE STAR: Najib jelaskan mengapa Dr Mahathir gagal jatuhkannya

KLIK BACA: Petisyen desak rumah putih identiti MO1

KLIK BACA: Betulkah Nazir Najib tidak takut yakin kerana benar? – Shahbudin Husin

KLIK VIDEODr Mahathir: Kalau tak kerana Najib, Malaysia lebih maju berbanding Singapura

TERBARUBank kena tutup, tidak mungkin pencuri tangkap diri sendiri, kata Husam

TUN MAHATHIR: ‘Benarkanlah perundangan dilaksana dalam perbicaraan

KLIK BACAAnak Tajuddin menang bidaan Prasarana projek bernilai RM1.1 bilion

MAHATHIR TOLAK MKNDr Mahathir: Keluarga si mati tak boleh tuntut keadilan?

The post Zakir Naik Tidak Diberi Kerakyatan Malaysia appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2gvN5pR

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.