Hi! Welcome Back and Stay Tune! China Menggubal Undang-Undang Mengharamkan Penderaan Ketika Rawatan Ketagihan Internet - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

China Menggubal Undang-Undang Mengharamkan Penderaan Ketika Rawatan Ketagihan Internet

Ketagihan internet ialah fenomena serius yang dialami oleh hampir semua pemilik peranti pintar dan komputer. Tidak seperti sepuluh tahun yang lalu, 3 dari 5 penduduk di Malaysia mengakui tidak boleh hidup tanpa peranti pintar mereka. Di China terdapat lebih daripada 700 Juta pengguna internet dan sebahagian kecil daripada mereka mengalami masalah ketagihan internet yang kronik.

Bagi merawat ketagihan ini, pusat rawatan mula dibuka sejak 2006. Renjatan elektrik pada bahagian kepada digunakan bagi merawat pesakit berserta dengan kehidupan ala kem tentera. Pesakit tidak diberikan akses kepada sebarang peranti selama tiga bulan ketika menjalani rawatan.

Kerajaan China kini sedang menggubal draf undang-undang bagi mengharamkan sebarang bentuk penderaan dilakukan untuk merawat ketagihan ini. Ia dilakukan selepas kes seorang gadis 16 tahun membunuh ibu beliau sebaik sahaja pulang dari pusat “e-serenti” ini. Penderaan yang dialami mengakibatkan beliau marah kepada si ibu dan mengalami gangguan mental.

Setahu kami kem seperti ini masih belum wujud di Malaysia. Sekiranya anda mengenali sanak saudara yang ketagihan internet, adakah anda berminat untuk menghantar mereka ke kem seperti ini?






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iysrTN

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.