JKM Johor Kesan Wanita Menyamar Orang Cacat Penglihatan
JKM Johor Kesan Wanita Menyamar Orang Cacat Penglihatan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor kini sedang cuba mengesan seorang wanita yang dikatakan menyamar sebagai orang cacat penglihatan.
Wanita itu menjadi viral di laman sosial dan dikatakan meminta sedekah dengan menjual tisu di sekitar bandar.
Pemangku Pengarah JKM Johor, Datuk Daud Arbah berkata pihaknya berusaha menjejaki wanita terbabit.
Ini komennya: (Sumber: Bernama, Metro)
“JKM Johor mempunyai pasukan ‘cyber trooper’ dan bahagian penguatkuasaan yang sudah digerakkan untuk menjalankan siasatan sekali gus bagi mengesan wanita terbabit,”
Beliau berkata usaha mengesan wanita tersebut dilakukan di beberapa lokasi tumpuan ramai termasuk Dataran Bandaraya.
Kad pengenalan diri yang dipakai wanita berkenaan dikatakan tidak dikeluarkan oleh JKM.
Daud berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan wanita itu supaya menghubungi talian 07-2282971/972 bagi membantu siasatan.
Dari dakwaan awal, wanita tersebut didakwa tidak cacat penglihatan dan dia didalangi ejen untuk meminta sedekah. –PENMERAH
The post JKM Johor Kesan Wanita Menyamar Orang Cacat Penglihatan appeared first on PenMerah.com.
Penyumbang : PenMerah.com
Post a Comment