Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dell Dijangka Mengumumkan XPS 13 2-Dalam-1 Dengan Rekaan Bingkai Skrin Nipis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dell Dijangka Mengumumkan XPS 13 2-Dalam-1 Dengan Rekaan Bingkai Skrin Nipis

Ramai pengguna sedia menyukai komputer riba Dell XPS yang menawarkan rekaan kompak dan bingkai yang sangat nipis jikalau dibandingkan dengan pelbagai komputer riba lain. Namun, mungkin ada antara pengguna yang lebih gemarkan rekaan dengan skrin boleh dipusingkan atau komputer 2-dalam-1.

Dell XPS 13 2-in-1

Untuk menjawabnya, pihak Dell kini dilihat dalam persiapan untuk mengumumkannya. Dell sendiri sebelum ini pernah mengatakan bakal memperkenalkannya pada awal tahun ini, dan kini sebuah halaman aktif pada laman rasmi Dell – memperlihatkan pengumumannya mungkin hadir seawal CES 2017 ini.

Penawaran spesifikasi masih menjadi tanda tanya, tetapi kita mungkin boleh menyasarkan Dell XPS 13 ini menawarkan cip pemprosesan Intel Core Kaby Lake bersama-sama dengannya.

Disamping itu, ia masih mengekalkan rekaan dengan skrin nipis yang dinamakan sebagai Infinity Edge oleh Dell.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman pihak Dell untuk peranti baru mereka bersempena CES 2017 ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iVsf51

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.