Belum Masuk Nubuwat Akhir Zaman, Tapi Hampir Dekat- Ustaz Imtihan Syafi’i
Belum Masuk Nubuwat Akhir Zaman, Tapi Hampir Dekat- Ustaz Imtihan Syafi’i|Aku tertarik dengan tulisan Ustaz Imtihan Syafi’i dari Indonesia yang menjelaskan bahawa peperangan yang terjadi di Syiria sekarang belum masuk Nubuwat akhir zaman.. Tapi hampir dekat.
Dalam tulisannya, apabila dia bertanya kepada Sheikh Dr. Abdullah Ghoni, yang juga merupakan seorang ahli hadis, tentang perang di Syiria, jawapan Sheikh ialah ini hanya muqadimah awal gerbang Nubuwat Perang akhir Zaman.
Banyak kebenaran yang ustaz tulis dan aku rasa sangat berfaedah membaca tulisannya.. Seperti sebelum ini, pernah ada seorang Ulama Indonesia yang berkata kita akan bersatu dengan Rom untuk melawan musuh, tafsir hadis itu lebih kepada Amerika.
Banyak tulisan ahli hadis yang aku baca berkata umat Islam akan bersatu dengan Amerika untuk berperang dengan musuh.. Kemudian baru kita akan berperang dengan Amerika.
Seminggu lepas Syiria telah dibom dengan bahan kimia dan menyebabkan ramai terbunuh.. Secara jelas, kita yakin bahawa itu kerja Bashar Assad.. Tidak ada negara lain yang boleh melakukan serangan itu, kerana pihak Bashar mengawal laluan udara Syiria.. Sebarang peluru yang dihantar pasti dapat dikesan.
Tetapi tidak ada pengakuan dari pihak Bashar, yang ada cuma penafian.. Dari hasil siasatan tentera Amerika dan Turkey, menyatakan Kapal perang Syiria di tengah lautan yang melepaskan peluru itu.. Turkey juga mengeluarkan laporan yang sama..
Donald Trump mengarahkan Amerika menyerang kesemua 8 kapal perang Syiria di lautan.. Ini disokong oleh Turkey dan Arab Saudi.
Semalam Rusia dan China menghantar kapal perang masing2 ke sempadan Syiria untuk membantu Bashar.. Banyak pakar meramalkan perang Rusia-Amerika akan bermula di Syiria.
Sekarang ada dua pendapat dari orang islam.. Satu lawan Amerika, satu lagi lawan Bashar.. Dalam penulisan Ustaz Imtihan dulu, dia berkata kita akan berpihak kepada Amerika jika perang tercetus berdasarkan hadis.
“Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka.
Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom.. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: “Salib telah menang!”
maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan.
Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera”
(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)
Wallahualam..
The post Belum Masuk Nubuwat Akhir Zaman, Tapi Hampir Dekat- Ustaz Imtihan Syafi’i appeared first on Eberita.org.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oxuHhK✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment