Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sos dijual dengan harga RM64,863 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sos dijual dengan harga RM64,863


Sos pencicah McDonald keluaran khas menjadi tajuk utama media di China selepas sos vintaj itu dijual di eBay bersama sos perisa lain dengan nilai $14,700 (RM 64,863) minggu ini.

Pek sos teriyaki "Mulan Szechuan" hanya dijual di beberapa negara barat pada tahun 1998, ketika rangkaian makanan segera itu mempromosikan filem animasi Disney Mulan.

Ia diletakkan dalam lelongan di eBay bersama-sama dengan sos wasabi oleh seorang penjual dari Britain minggu ini, lapor Beijing Evening News.

Penjual berkata, dia telah menemui dua paket sos pencicah edisi terhad itu semasa mencuci sebuah kereta lama.

Sos pencicah itu menerima 187 bidaan sebelum dijual dengan harga $14,700 (RM 64,863).

"Saya berharap sesiapa yang mahu untuk makan sos yang berusia 20 tahun ini, sila dapatkannya.

"Saya lebih suka ia tidak dijual kepada pengumpul," tulis penjual itu dilaman eBay.

Baca Juga :

Masakan Sichuan yang berasal dari barat daya China, Sichuan mempunyai ciri ciri, pedas, masam, dan manis.

Sos pencicah teriyaki Mulan Szechuan digambarkan berasa manis, masam dan pedas.

Sos itu menjadi perhatian semula selepas disebut dalam animasi popular Amerika Ricky and Morty.

Dalam tayangan perdana musim ketiga yang ditayangkan pada 1 April, watak utama Rick memberitahu Morty "Saya mahukan McNugget dengan sos pencicah Szechuan."

Susulan itu, beribu-ribu peminat memulakan petisyen dalam talian menuntut McDonald memperkenalkan kembali sos berkenaan.

Petisyen itu telah ditandatangani oleh 35,000 tandatangan oleh Khamis. Pejam Kelip

Sumber- South China Morning Post
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pitw62

✍ Sumber Pautan : ☕ PEJAM KELIP


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.