Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ila Damiaa, pentingkan kualiti berbanding kuantiti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ila Damiaa, pentingkan kualiti berbanding kuantiti

TIDAK ramai penggiat seni yang mampu bertahan  dan bersabar demi memastikan sesebuah lagu baru yang dilancarkan dapat diterima baik pencinta muzik tempatan.

Apatah lagi dengan saingan lagu-lagu daripada penyanyi sedia ada, ia secara tidak langsung memberi ruang besar buat peminat untuk memilih lagu yang memenuhi cita rasa masing-masing.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak mematahkan semangat bekas peserta program Mentor  musim ke-4, Ila Damiaa, 28.

Akui bintang asal Sarawak ini, kerja keras dan kegigihannya menempa nama di arena muzik semasa, dilihat kian positif kerana single terbarunya Cuma Kamu  kini disambut baik peminat.

“Meski kerjaya bergerak agak perlahan, tapi saya anggap itu cabaran dan pada masa sama memberi saya ruang masa untuk kumpul ilmu serta pengalaman agar menjadi lebih baik.

“Syarikat rakaman juga pentingkan kualiti berbanding kuantiti. Jadi bila Cuma Kamu ini keluar, saya  berpuas hati dan semoga peminat pun boleh menerimanya dengan baik,” katanya memasang harap.

Ila atau nama sebenarnya, Ila Damiaa Johar ditemui Media Hiburan ketika majlis pelancaran single tersebut di Mango’s Tropical Café, Trec, Kuala Lumpur.

Tak patah semangat

Ditanya mengenai sisi kerjayanya dengan lebih lanjut, Ila mengakui selain bersabar, dia tidak pernah patah semangat kerana dia sedar, masih banyak dugaan perlu dihadapi sebelum dapat merealisasikan impian.

“Tamat saja Mentor 4, saya terus menyertai Kartel Records. SonaOne merupakan antara artis terawal syarikat tersebut. Dia juga sama macam saya, ambil masa agak lama untuk muncul dengan single baru.

“Cuma yang penting, saya diberi ruang untuk terus berkarya dan dengan pelancaran Cuma Kamu, inilah signal bahawa perencanaan syarikat buat saya adalah serius.

“Soal cepat atau lambat itu tidak pernah timbul kerana jujurnya, hubungan saya dan Kartel Records sudah diibaratkan seperti sebuah keluarga.

“Saling percaya dan kami tahu cita-cita dan visi masing-masing. Sebab itulah saya tidak teragak-agak untuk terus setia bersama mereka,” terangnya.

Ila juga berterima kasih pada Kartel Records kerana memberi peluang keemasan buatnya untuk bekerjasama dengan karyawan dari seberang.

“Saya rakam lagu tersebut sekitar Ogos lalu. Kami ke Jakarta dan bertemu produksi Indonesia yang pernah bekerjasama dengan ramai bintang besar seperti Afgan. Kebetulan, Joe turut mengenali pasukan produksi tersebut.

“Apa pun, saya anggap single Cuma Kamu sebagai rezeki,”akui Ila merendah diri.

Sementara itu, Ila berkongsi bahawa dia ‘membawa’ emosi kisah cintanya bersama suami, Abg Mohd. Sahril Abg Spian, 28, ketika merakamkan Cuma Kamu.

Terang Ila, dia sengaja berbuat demikian kerana mahu lebih merasai selain ingin bersikap ‘jujur’ ketika menyanyikan lagu tersebut.

“Suami tidak pernah menghalang minat dan cita-cita saya dalam bidang nyanyian.

“Malah kami saling menyokong dan dialah insan paling memahami diri ini, biarpun terpaksa berjauhan atas faktor kerjaya,” ujar Ila yang turut menampilkan suaminya di muka depan single berkenaan.

Terdahulu, Cuma Kamu juga sudah dilancarkan di iTunes dan semua platform serta aplikasi streaming muzik sejak 31 Mac lalu.

The post Ila Damiaa, pentingkan kualiti berbanding kuantiti appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ov4Jvu

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.