Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Cuba Bakar Imam Kerana Solat Terlalu Lama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Cuba Bakar Imam Kerana Solat Terlalu Lama


Lelaki Cuba Bakar Imam Kerana Solat Terlalu Lama|Seorang lelaki ditangkap selepas dia cuba membakar imam sebuah masjid di barat bandar ini, menurut agensi berita Palestin, Maan, memetik satu sumber keselamatan.

Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pengawal di sebuah bangunan di bandar ini membawa sebotol minyak tanah dan melemparkannya pada imam yang masih berada di dalam masjid itu selepas solat Subuh.

Suspek kemudian cuba menyalakan api dalam usaha membakar imam itu. Kebakaran berlaku tetapi berjaya dipadamkan oleh beberapa jemaah.

Imam itu terselamat manakala masjid itu mengalami kerosakan kecil. Polis yang tiba di tempat kejadian berjaya menahan lelaki berusia 50 tahun itu, menurut laporan berkenaan.

Sumber memberitahu, lelaki itu sebelum ini sudah berulang kali memberi amaran kepada imam berkenaan supaya tidak memanjangkan solat fardu.

“Imam itu tidak mengendahkan amaran supaya memendekkan solat. Ia menyebabkan lelaki itu berang dan mendorong dia bertindak membakar imam terbabit,” kata sumber itu.

Lelaki itu bukan sahaja berdepan tuduhan cuba membunuh, tetapi juga akan didakwa atas tuduhan menyerang tempat ibadah, membakar dan menyebabkan kerosakan. – Agensi/myMetro Online

The post Lelaki Cuba Bakar Imam Kerana Solat Terlalu Lama appeared first on Eberita.org.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2odxQ5z

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.