Berang surat cerai dikoyak, bapa gantung dan pukul anak perempuan di luar rumah
BERANG kertas perceraian dikoyak, seorang bapa sanggup memukul dan menggantung anak perempuan di luar rumah mereka di Sichuan, China.
Mirror. co melaporkan, lelaki tersebut dikatakan bertindak demikian terhadap mangsa yang tidak dapat menerima berita penceraian berkenaan sebelum anaknya merajuk.
Bapa mangsa kemudiannya memukul dan menggantung mangsa serta merakam kejadian tersebut untuk dihantar kepada bekas isterinya bagi tujuan menyakitkan hati.
Ibu mangsa bergegas membuat laporan susulan kejadian tersebut dan menyerahkan rakaman video berkenaan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Bertindak atas laporan itu, polis segera menyelamatkan mangsa yang berusia lapan tahun itu dan menghantarnya ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.
Mangsa bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan turut diberi kaunseling bagi memulihkannya daripada trauma.
Jurucakap pihak berkuasa berkata, mangsa dipukul hanya kerana mengoyakkan kertas penceraian yang disimpan oleh bapanya.
Suspek dikatakan berang kerana mangsa juga merosakkan barangan di rumah dan memecahkan botol arak miliknya.
Kes masih dalam siasatan dan jika didapati bersalah suspek boleh dihukum penjara kerana mendera.
Difahamkan, bekas isteri suspek akan diberi hak penjagaan kanak-kanak perempuan itu.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Berang surat cerai dikoyak, bapa gantung dan pukul anak perempuan di luar rumah
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qog6t9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment