Hi! Welcome Back and Stay Tune! Meitu Hadir Dengan Telefon Pintar Edisi Khusus Bertemakan Sailor Moon - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Meitu Hadir Dengan Telefon Pintar Edisi Khusus Bertemakan Sailor Moon

Meitu, salah satu syarikat yang popular dengan penawaran aplikasi selfie mereka turut menawarkan beberapa peranti. Terkini, mereka telah hadir dengan telefon pintar yang dinamakan Meitu M8 – dan menariknya hadir dengan pilihan edisi khas bersempena animasi Sailor Moon.

Meitu M8 ini hadir dengan skrin 5.2-inci, dilengkapi cip MediaTek Helio X20, memori 4GB RAM, bateri berkapasiti 3000mAh, serta dilengkapi kamera hadapan 12-megapixel dan kamera belakang 21-megapixel. Meitu sendiri dilihat memfokuskan kepada ciri-ciri selfie melaluinya, selain turut menyertakan sebuah tongkat selfie khusus bertemakan Sailor Moon.

Meitu M8 SailorMoon

Telefon bertemakan dengan Sailor Moon ini juga mengabungkan penggunaan warna merah jambu bersama emas, selain dilengkapi beberapa penjenamaan khusus watak animasi popular berkenaan.

Dinamakan sebagai edisi Sailor Moon Pretty Soldier, ia bakal dijual di China bermula penghujung minggu ini pada harga ¥2999 atau sekitar RM1880.

Selain daripada edisi khusus Sailor Moon, Meitu juga turut menawarkan edisi Hello Kitty kepada yang berminat.

Ia tidak diketahui sama ada Meitu akan menawarkannya untuk pasaran luar China atau tidak. Dengan skandal aplikasi Meitu sebelum ini, semestinya pengguna akan berkira-kira terlebih dahulu sebelum memilih untuk mendapatkan produk Meitu ini atau sebaliknya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pzvQW1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.