Hi! Welcome Back and Stay Tune! Drama tebusan wanita diacu pisau di Jalan Damai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Drama tebusan wanita diacu pisau di Jalan Damai

Satu ‘drama’ tebusan berlaku di Jalan Damai apabila seorang lelaki mengacukan sebilah pisau ke leher seorang wanita.

Polis telah mengepung Jalan Damai dan perunding cuba menenangkan suspek dan memujuk untuk melepaskan wanita itu.

Motif tindakan lelaki itu tidak diketahui.

Dipercayai lelaki itu telah membawa wanita tersebut dari sebuah rumah di Jalan Harrington  berhampiran Luyang Restoran Luyang dan diseret ke Jalan Damai kira-kira pukul 7.30 malam Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supritendan George Abd Rahman berada di tempat kejadian.

Pada pukul 9.20 malam, lelaki itu dilihat duduk di atas jalan raya dan pisau masih di leher wanita tersebut.

Ditangan wanita itu juga turut kelihatan seperti memegang sebuah telefon bimbit.

Pada pukul 9.36 malam, polis bertindak meluru ke arah lelaki itu dan menangkapnya.

Situasi tebusan berakhir pukul 9.43 malam.

Wanita yang menjadi tebusan itu diberi rawatan perubatan di dalam sebuah ambulan.
Sumber: Mstar



Sumber Drama tebusan wanita diacu pisau di Jalan Damai

from Trending Now http://ift.tt/2qrTtUA

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.