(Video) Gadis Dijadikan Tebusan Oleh Perompak Di Kota Kinabalu.
Gadis dijadikan tebusan oleh seorang penjenayah yang memecah masuk sebuah rumah di taman perumahan di Jalan Kolam, Luyang, Kota Kinabalu, 7.45 malam hari ini.
Sumber berkata, ketika kejadian penjenayah dikatakan memecah masuk rumah keluarga mangsa.
"Ahli keluarga mangsa yang menyedari kehadiran penjenayah itu kemudian menghubungi polis.
“Tidak lama selepas itu sepasukan polis tiba menyebabkan suspek bertindak agresif dan menjadikan mangsa sebagai tebusan," katanya hari ini.
Semasa kejadian, suspek dilihat menggunakan pisau dan melakukan ugutan bunuh terhadap mangsa.
Insiden tebusan itu berakhir selepas suspek berjaya ditangkap polis pada sekitar jam 9.45 malam.
Mangsa juga telah berjaya diselamatkan selepas pihak polis mengadakan rundingan untuk menyelamatkan mangsa yang merupakan seorang wanita.
| SMedia
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pkeVL5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment