Kebanyakan ceramah tentang Islam oleh jemaah tabligh tidak berilmiah – Mufti Perlis
Kebanyakan ceramah tentang Islam oleh jemaah tabligh tidak berilmiah.
Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, kebanyakan ceramah tabligh hanya tentang seruan mendirikan solat dan zuhud.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak isi ceramah yang mengajak kepada solat dan zuhud dalam kehidupan dunia adalah baik.
“Ada beberapa perkara saya tidak bersetuju dengan jemaah tabligh.
“Saya acap kali duduk sekali mendengar ucapan mereka. Walaupun -mohon maaf- kebanyakan penyampaian itu bagi saya tidaklah ilmiah.
“Namun isinya yang mengajak kepada solat dan zuhud mempunyai kesan yang baik,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Justeru, Mohd. Asri menyifatkan perihal jemaah tabligh itu menunjukkan tiada siapa yang sempurna dalam dunia.
“Setiap kita menampung kelemahan antara satu sama lain. Kita mengkritik secara ilmiah namun kita menghargai sumbangan baik yang diberikan,” katanya.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Kebanyakan ceramah tentang Islam oleh jemaah tabligh tidak berilmiah – Mufti Perlis
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q2oUDC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment