Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kau dah mati matilah! Aku nak hidup!” – Kisah seram ibu diganggu kerana tak mahu terima saka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kau dah mati matilah! Aku nak hidup!” – Kisah seram ibu diganggu kerana tak mahu terima saka

Bila bercakap dengan orang tua-tua, tentu mereka tahu apa itu saka. Menurut orang tua-tua, saka adalah ‘benda halus’ yang dibela oleh manusia untuk tujuan tertentu. Dan sedia maklum, saka adalah belaan turun temurun.
"Kau dah mati matilah! Aku nak hidup!" - Kisah seram ibu diganggu kerana tak mahu terima saka

“Kau dah mati matilah! Aku nak hidup!” – Kisah seram ibu diganggu kerana tak mahu terima saka

Bermakna, jika tuan kepada saka itu mati, pewarisnya perlu mewarisi saka tersebut. Tapi bagaimana pula jika pewarisnya enggan?

Menceritakan kisah yang berlaku kepada ibunya, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Mr. H berkongsi bagaimana saka-saka ini mengganggu ibunya kerana enggan menerima mereka.

Ikuti perkongsian dari Mr. H.

I know saka (a spiritual herirloom of sorts) is a real thing but I’ve never thought that my own family would have one. So here’s the thing:

(Bermula dari sini, tweet Mr. H telah dialihbasa)

Selepas kematian nenek saya, ibu saya selalu menghadapi sakit-sakit badan. Sakit-sakit ni selalu datang dan pergi tetapi ianya kerap berlaku.

Setiap kali dia sakit, dia akan selalu cakap sambil bersungut: “Barang nenek kau ni nak berdamping, aku tak nak.”

Saya selalu buat tak endah dengan berfikir dia ‘overreacting’. Sehinggalah pada satu hari dia berkata: “Tutup pagar. Kat luar ada harimau”.

Dia berkata ia (harimau) itu tua, perut jatuh ke tanah dengan belang coklat dan ia mahu masuk ke dalam rumah saya. Ia kelaparan dan mahukan makanan.

Menurutnya lagi, ia (harimau) kepunyaan arwah nenek, yang memperolehnya dari bapanya. Dan harimau itu cumalah salah satu saka yang dipelihara oleh moyang saya.

Arwah nenek seorang tukang urut. Menurut ibu, dia mempunyai ‘kebolehan’. Contoh, dia boleh buatkan wanita mandul pulih dengan satu urutan.

Dia akan selalu bagitau wanita-wanita itu (pesakit) “Ini bukan datang dari saya, ini semua anugerah Allah. Saya cuma menolong saja.

Okay, kembali kepada saka. Sejak beberapa tahun lalu, ibu saya selalu nampak makhluk-makhluk ini. Kadang-kadang buaya, kadang-kadang harimau di luar rumah.

Foto hiasan.

Satu ketika tu, dia sedang menyidai baju di koridor apabila dia terdengar seseorang memanggil namanya, ‘Wati!’. Ianya suara arwah nenek. Dah tentu ia dari sesuatu yang jahat, sebab kami tahu yang mati takkan kembali jadi ibu saya berpaling dan ternampak seorang wanita tua berkemban dan kotor meminta makanan.

Dia meminta benda-benda khusus seperti minyak tanah, daun opeh, buah pinang, sireh, kain batik lepas dan lain-lain. Dah tentu ibu saya berkata tidak.

Saka itu boleh menjelmakan diri kepada banyak benda. Sebagai contoh, ketika ibu di dapur, dia akan nampak dua budak di belakangnya. Kadang-kadang ketika tidur, dia melihat bebola api berpusing-pusing di atasnya. Kadang-kadang, seorang lelaki tak berbaju di sebelah katil.

Menurut ibu, benda-benda ini tak mengacaunya. Mereka cuma mahu ibu membenarkan mereka untuk mempunyai tuan – yang memang ibu lawan sekeras-kerasnya. Benda-benda ni selalu bercakap dengan ibu bila ibu keseorangan atau mengelamun. Itu sebabnya saya selalu tegur ibu bila ternampak dia mengomel seorang diri.

Antara benda menyeramkan yang pernah benda ni cakap kat ibu adalah: “Nak ikut aku? Marilah ikut aku kita pergi tepi laut, tenangkan fikiran….”

Ada sekali tu, benda ni pernah bagitau ibu, “Kau nak rehat? Marilah kita duduk atas bumbung, angin sejuk, mesti kau suka.”. Dan ibu saya menjerit balik dengan berkata: “Kau nak aku terjun kan? Kau dah mati kau mati lah. Aku nak hidup!”.

Benda ni pernah ‘terlalu hampir’ dengan ibu saya sehingga ibu pernah meminta saya membeli kain batik lepas ketika saya di Jakarta. Ketika itu saya tengah shooting satu travelogue AirAsia. Ibu mesej: “Beli kain batik lepas dua. Taknak corak binatang.”

Tapi ini yang paling menakutkan. Sejak dua menjak ni, ibu saya tidak menceritakan benda ni tetapi saya perasan sebab balik lambat ke rumah. Tiga kali saya ternampak ibu di koridor macam tengah mencari sesuatu, dalam pukul 2 pagi. Bila saya tanya, ibu jawab:

“Kau nampak Mbah tu? Kesian lapar, nak makan. Mbah tu cakap dia nak makan. Dia selalu bilang Mama mana kau pergi. Tulah mama tunggu kau.”

“Dah tu je aku nak cakap. Apparently ada Mbah kat depan rumah aku. Siapa yang nak kasi makan dipersilakan. Datanglah rumah I untuk beraya. 😂

 

Sumber: MR. H



Sumber “Kau dah mati matilah! Aku nak hidup!” – Kisah seram ibu diganggu kerana tak mahu terima saka

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qJDjFz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.