Samsung Menggunakan Dua Variasi Storan Pada Galaxy S8 – Versi Exynos Dengan UFS 2.1
Sejak kes penggunaan storan berkelajuan rendah pada peranti Huawei P10 tempoh hari, ia telah menjadi fokus ramai pengguna untuk menyemak apakah jenis storan yang digunakan pada peranti masing-masing. Kini, selain Huawei P10, pihak Samsung dilihat menggunakan dua variasi storan pada telefon pintar ini.
Daripada laporan yang hadir, ia dikatakan Samsung menggunakan variasi storan berasaskan UFS 2.0 dan satu lagi UFS 2.1. Walaubagaimanapun, mungkin pengguna tempatan boleh bergembira, memandangkan versi Exynos hadir dengan storan UFS 2.1, dan bukannya UFS 2.0.
Perkara penawaran beberapa variasi berbeza ini mungkin tidak disukai ramai. Ia biasanya dilakukan disebabkan oleh kekangan pengeluaran komponen dan sebagainya. Samsung sendiri sedia menawarkan penggunaan komponen berbeza mengikut rantau – termasuk dari segi cip pemprosesan.
Dari segi penggunaan antara storan berasaskan UFS 2.1 dan UFS 2.0, perbezaan penulisan dan pembacaan yang dilihat adalah tidak begitu ketara – jikalau dibandingkan dengan penggunaan eMMC pada Huawei P10 yang menawarkan perbezaan bacaan dan penulisan yang lebih tinggi berbanding berasaskan UFS. Perkara ini biasanya akan dapat dilihat oleh pengguna ketika memainkan permainan, memasang aplikasi, mahupun mungkin memberikan kesan ketika rakaman video dan sebagainya.
Seperti biasa, anda boleh menyemak penggunaan storan jenis storan anda melalui sebuah aplikasi khusus untuk Android dan mengetahui jenis storan yang digunakan peranti anda.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pWtPGn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment