Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pendapat Terkini Ahli The Fed Dalam Prospek Kenaikan Kadar Faedah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pendapat Terkini Ahli The Fed Dalam Prospek Kenaikan Kadar Faedah

Rizab Persekutuan US (Federal Reserve) kini telah mencapai sasarannya dalam pasaran pekerjaan US dan semakin hampir dengan sasaran inflasi dua peratus walaupun ada beberapa data ekonomi yang masih lemah. Oleh itu, ia perlu menaikkan kadarnya, kata presiden Fed cawangan Cleveland Loretta Mester.

Risiko kini semakin seimbang dan bank pusat sepatutnya tidak menangguhkan pengetatan polisi sehingga mencapai kedua-dua mandat tersebut.

Bank pusat US ini dijangka akan menaikkan kadarnya pada Jun dan seterusnya pada akhir tahun ini. The Fed telah menaikkan kadarnya sebanyak dua kali sejak hampir 10 tahun lepas.

Mester juga mengulangi pendiriannya yang akan menyokong proses pengurangan pegangan aset oleh The Fed sebanyak USD4.5 trillion.

Seorang lagi Presiden Fed berucap hari ini ialah James Bullard. Katanya, permintaan berterusan kepada aset selamat dengan pertumbuhan lemah dalam pasaran pekerjaan US akan mengurangkan potensi kenaikan kadar bank pusat di masa hadapan. Ini bermaksud The Fed tidak perlu meneruskan kenaikan kadarnya seperti yang dirancang.

“Kadar faedah semulajadi (natural rate of interest) masih rendah dan tidak akan berubah dengan banyak,” kata Bullard. Dengan kadar pengangguran rendah dan inflasi yang semakin menghampiri sasaran, The Fed katanya boleh mencapai sasaran dengan kadar faedah antara 0.75%-1.00%.

 

The post Pendapat Terkini Ahli The Fed Dalam Prospek Kenaikan Kadar Faedah appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qSyy9Y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.