Hi! Welcome Back and Stay Tune! Undang-undang Islam tiada tempat di Malaysia, India Contoh Negara sekular terbaik - Ambiga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Undang-undang Islam tiada tempat di Malaysia, India Contoh Negara sekular terbaik - Ambiga

Petaling Jaya: Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana negara ini merupakan negara sekular. 


Forum yang dianjurkan oleh kumpulan BEBAS baru-baru ini, kelihatan membawa naratif Malaysia sebagai negara sekular untuk menolak cadangan Pindaan Akta 355. 

Datuk Ambiga Sreenevasan, salah seorang daripada panel yang dijemput turut mendakwa bahawa pemerkasaan Rang Undang-Undang Akta 355 atau RUU 355 akan memperkenalkan beberapa kesalahan hudud. “Hudud tidak terkandung sebelum ini tetapi ianya ada sekarang. 

Oleh kerana itu, saya berhujah bahawa ianya menentang struktur asas Perlembagaan Persekutuan maka, ianya tidak berperlembagaan”, kata Ambiga. Dalam satu laporan berita terbitan portal Astro Awani pada 19 Mac 2015 pula, Ambiga mendakwa bahawa Hudud tiada tempat di dalam Perlembagaan Persekutuan – yang mana ianya (Perlembagaan Persekutuan) dengan jelas menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan undang-undang jenayah Islam tidak boleh wujud seiringan dengan Kanun Jenayah Persekutuan. 

Beliau juga pernah membuat kenyataan bahawa India adalah contoh negara terbaik kerana Perlembagaan negara itu yang berbentuk sekular dapat memberi jaminan hak beragama kepada semua golongan minoriti. Ambiga mendakwa bahawa India merupakan satu contoh terbaik negara yang menjamin perlindungan hak semua rakyatnya tanpa mengira agama. 

Sifat sekular India memberi satu jaminan bahawa hak-hak kumpulan minoriti agama akan dipelihara walaupun majoriti penduduknya beragama Hindu, termasuk di bawah pemerintahan Narendra Modi. Beliau bercakap sedemikian dalam ucapannya sempena Human Rights Day 2014 sebelum ini. Kata Ambiga, “Sekular adalah bagus, kerana ianya melindungi semua”.


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q1itAz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.