Hi! Welcome Back and Stay Tune! Seorang Bapa Bersama 150 Orang Dakwa Rugi RM 9 Juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Seorang Bapa Bersama 150 Orang Dakwa Rugi RM 9 Juta

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang bapa untuk membelikan anaknya sebidang tanah lot di sekitar Gombak dan Hulu Langat, lebur apabila dia bersama​​​​​​ 150 yang lain menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat hartanah sehingga mengakibatkan kerugian dianggar RM 9 juta.

Bekas pekerja Bank Negara, Othman Sabri, 72, mendakwa dia mengalami kerugian hampir RM72,000 apabila syarikat yang bertanggungjawab menguruskan pembelian tanah itu menghilangkan diri.

“Saya mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi membeli tanah lot itu kerana harganya murah selain cara syarikat itu menerangkan bagaimana projek berkenaan dilaksanakan menyebabkan saya tidak meragui mereka.

“Tetapi setelah setahun menunggu dan apabila sudah berkali-kali dihubungi panggilan tidak berjawab, saya nekad ke pejabat syarikat itu tetapi mendapati pejabat telah ditutup,” katanya pada sidang akhbar bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi berkata hasil siasatan mendapati penipuan syarikat hartanah itu dilakukan dua ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’, dengan seorang daripada mereka merupakan suami seorang selebriti tanah air.

Yusuf berkata ahli perniagaan itu bergiat aktif mencari mangsa sejak 2011 sehingga kini dengan modus operandi penipuan yang licik iaitu menjual tanah milik orang lain yang belum bertukar hak milik kepada pembeli pada harga lebih murah daripada pasaran.

Menurut Yusuf, syarikat berkenaan sebelum ini pernah ditutup namun pelaku membuka sebuah syarikat baharu bagi meneruskan kegiatan haram mereka.

“Kami berharap pihak berwajib seperti Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Selangor, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dapat mengambil tindakan segera bagi mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tofi5J

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.