Berang di minta “clash” remaja bongkar kegiatan terkutuk kekasih
Berang di minta “clash” remaja bongkar kegiatan terkutuk kekasih|Alasan seorang penganggur hendak memutuskan hubungan menyebabkan kekasihnya seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun telah membongkar kegiatan terkutuk mereka sejak Mei lalu.
Dalam kejadian Mei lalu, mangsa telah menemankan teman lelakinya ke Hospital Kajang untuk melawat rakannya yang kemalangan.
Kemudian, menyedari rumah bapa mangsanya kosong, mangsa telah dibawa ke rumah bapa saudara suspek itu di sebuah apartmen di Kajang. Di situ mangsa telah diarahkan untuk baring di atas tilam sebelum teman lelakinya itu bertindak merogol mangsa.
Susulan itu, pada Isnin lalu, suspek sekali lagi telah mengajak mangsa untuk makan di rumah bapa saudaranya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu mangsa berdepan detik hitam sekali lagi apabila dia bukan sahaja dipeluk dan diramas, malah turut dirogol.
Suspek yang dikatakan berjanji untuk setia dengan teman wanitanya itu bagaimanapun mengingkarinya lalu mangsa bertindak membuat laporan polis berhubung tindakan suspek sebelum ini terhadapnya.
Bertindak atas maklumat, suspek berusia 19 tahun dan tidak bekerja itu telah ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam di Semenyih.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu.
“Siasatan masih dijalankan dan suspek kini direman tiga hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
The post Berang di minta “clash” remaja bongkar kegiatan terkutuk kekasih appeared first on Eberita.org.
✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wd9SMn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment