Firma AS Tawar Bantuan Cari MH370 Secara Percuma
WASHINGTON DC – Sebuah firma penerokaan dasar laut tampil menawarkan bantuan meneruskan usaha pencarian misteri pesawat MH370 milik Malaysia Airlines Berhad (MAB) secara percuma.
Seorang peguam dari Malaysia, Grace Nathan yang ibunya, Anne Daisy menaiki pesawat itu berkata, firma Amerika Syarikat (AS) dikenali Ocean Infinity membuat tawaran itu dan hanya meminta ganjaran jika bangkainya ditemui.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi melalui pesanan teks kepada agensi berita Reuters mengesahkan pihak berkuasa Malaysia menerima tawaran itu, tetapi belum memutuskan sama ada menerimanya.
Seorang jurucakap Ocean Infinity namun enggan mengulas tawaran itu. Laman web firma itu mendakwa memiliki kenderaan dalam air paling canggih di dunia untuk menjalankan pemetaan, kajian dan pencarian di dasar laut.
Boeing 777 itu hilang secara misteri di perairan Laut China Selatan dekat Vietnam pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan rutin dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dengan membawa 239 penumpang dan kru.
Analisis data radar dan satelit komunikasi antarabangsa mendapati ada orang di dalam kapal terbang itu mungkin sengaja mematikan transponder atau alat penjejak pesawat sebelum melencongkannya ke Lautan Hindi.
Kerajaan Australia, Malaysia dan China menghentikan misi pencarian pesawat tersebut selama dua tahun yang menelan belanja AS$159.16 juta, pada Januari lalu, walaupun dibantah oleh waris mangsa.
Tahun lalu, Australia dan Malaysia menolak cadangan penyiasat untuk memperluaskan pencarian ke kawasan seluas 25,000 kilometer persegi di utara dari kawasan pencarian asal di selatan Lautan Hindi.
Ini memandangkan lokasi baharu yang dikenal pasti sangat tidak tepat. Tetapi, sebuah kumpulan sokongan waris penumpang MH370, Voice370 berkata, penyelidik Australia baru-baru ini memperkecilkan kawasan pencarian.
Ia mungkin kurang daripada 25,000 kilometer persegi selepas kajian terperinci. Keluarga waris kemudian mula melancarkan sebuah kempen untuk membiayai dana bagi misi pencarian peribadi pada Mac lalu.
Mereka bagaimanapun dilaporkan menggantung rancangan terbaharu itu dengan harapan pihak kerajaan terbabit “akan bertindak balas dengan pantas dan cepat” terhadap tawaran dikemukakan Ocean Infinity.
“Susulan kawasan pencarian diperkecilkan dan ada pihak menawarkan diri mencari secara percuma, ahli keluarga yang derita amat sedih dengan kurangnya komunikasi dari kerajaan terbabit,” kata Voice370 dalam kenyataan.
Sejak pesawat canggih itu hilang, muncul pelbagai teori mendakwa konon MH370 dirampas dan sama ada ia berada di bawah kawalan pihak tertentu selepas ia kehabisan minyak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wrSSRv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment