Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pocong di stesen MRT Cheras .Benar Atau Tidak? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pocong di stesen MRT Cheras .Benar Atau Tidak?

Pocong di stesen MRT Cheras .Benar Atau Tidak?

Imej pocong yang didakwa dirakam di stesen MRT Cheras disedari anggota yang bertugas di bilik kawalan stesen berkenaan.

KUALA LUMPUR – Satu imej berbungkus menyerupai hantu pocong didakwa dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Cheras baru-baru ini.
Imej berbungkus kain berwarna putih itu yang dilihat berdiri di satu sudut di dalam MRT itu tular di laman sosial dan aplikasi Whatsapp hari ini.
Ia menyebabkan ada dalam kalangan netizen rasa gerun untuk menggunakan perkhidmatan tren tersebut pada waktu malam.
Berdasarkan maklumat, imej itu disedari anggota yang bertugas di bilik kawalan namun tidak dinyatakan bila kejadian itu berlaku.

Rakaman CCTV di MRT Cheras dan susuk tubuh dikatakan hantu pocong pada gambar atas kiri sekali.

Imej tersebut yang dikongsikan di beberapa group aplikasi Whatsapp sebelum heboh ditularkan terutama mereka yang ingin mengetahui kesahihannya.
Bagaimanapun imej yang tidak dapat dipastikan tarikh dan lokasi itu belum tentu benar. Entah-entah ia sekadar permainan aplikasi telefon bimbit atau gambar lama di negara lain yang sengaja disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hantu pocong di MRT tak benar

KUALA LUMPUR – Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) menafikan khabar angin berhubung satu imej menyerupai hantu pocong yang tular di laman sosial dan didakwa dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT) kelmarin.
Jurucakap Rapid Rail, Lim Jin Aun berkata, pihaknya kesal dan berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan dakwaan kewujudan lembaga putih berkenaan.
“Itu hanya rekaan semata-mata oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi menakut-nakutkan orang ramai.
“Saya harap isu ini tidak digembar-gemburkan lagi oleh mana-mana pihak supaya orang ramai tidak terus keliru,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


The post Pocong di stesen MRT Cheras .Benar Atau Tidak? appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uqy8bJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.