Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Di Malaysia orangnya baik-baik” – Afgan nasihat usah panjangkan isu bendera terbalik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Di Malaysia orangnya baik-baik” – Afgan nasihat usah panjangkan isu bendera terbalik

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgansyah Reza, 28, berharap teman senegaranya tidak terus dibuai emosi dengan memanjangkan isu ‘bendera terbalik’ yang boleh mencetuskan perbalahan antara dua negara.

 

"Di Malaysia orangnya baik-baik" - Afgan nasihat usah panjangkan isu bendera terbalik

“Di Malaysia orangnya baik-baik” – Afgan nasihat usah panjangkan isu bendera terbalik

 

 

Katanya, sebagai rakyat Indonesia yang pernah menetap di Malaysia, dia yakin perkara tidak disengajakan itu mampu diselesaikan dengan cara baik.

“Di Malaysia orangnya baik-baik, sangat mengalu-alukan dan penuh rasa hormat. Saya berharap tiada yang terbawa-bawa dengan emosi atau stereotaip mengatakan semua orang Malaysia sebegitu (tidak baik).

“Sepanjang tinggal di negara ini kerana menyambung pengajian, saya cukup mengenali penduduknya, malah saya juga bekerja dengan ramai pemuzik dan penyanyi tempatan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden rasa tidak puas hati sebilangan rakyat Indonesia berhubung kesilapan teknikal dalam buku cenderamata Sukan SEA 2017 yang memaparkan gambar bendera negara itu dalam keadaan terbalik.

Walaupun kerajaan Malaysia sudah meminta maaf, masih ada dalam kalangan penduduk negara jiran yang masih menyimpan amarah seperti memasang Jalur Gemilang secara terbalik di Solo, selain membakar bendera negara ini dalam demonstrasi membabitkan kelompok di Acheh.

Penyanyi Afgan (kiri), ahli kumpulan ungu Makki (kanan) dan Enda pada sidang media Konsert Terunggul, yang akan diadakan pada bulan Oktober, turut sama bergambar Pengasas Popcorn Studio Erik Ong (dua kanan) di Puchong. – Foto NSTP/Mahzir Mat Isa

Sementara itu, Afgansyah atau mesra disapa Afgan ini diterbangkan ke Kuala Lumpur bersama dua anggota kumpulan Ungu, Makki dan Endi, bersempena sidang media Konsert Terunggul Afgan & Ungu anjuran Popcorn Studio.

Kedua-dua nama besar dalam persada muzik itu bakal berkongsi pentas pada persembahan mega yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam, 6 Oktober depan.

Sumber: Bharian



Sumber “Di Malaysia orangnya baik-baik” – Afgan nasihat usah panjangkan isu bendera terbalik

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vEd2I9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.