Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lepas polis, peniaga daging pula maut ditetak ketika sedang memotong daging di kedainya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lepas polis, peniaga daging pula maut ditetak ketika sedang memotong daging di kedainya

JOHOR BARU, 31 Ogos — Seorang penjual daging maut dipercayai ditetak dengan parang oleh seorang lelaki ketika sedang memotong daging di kedainya di kawasan perniagaan Felda Chemplak, Labis, dekat Segamat, hari ini.

 

Lepas polis, peniaga daging pula maut ditetak ketika sedang memotong daging di kedainya

Lepas polis, peniaga daging pula maut ditetak ketika sedang memotong daging di kedainya

 

 

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Radzi  Jamaludin, 40, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Labis semasa menerima rawatan.

Beliau berkata susulan kejadian itu, polis berjaya menahan suspek yang berusia 45 tahun di sebuah rumah di Jalan Bahagia, Felda sama.

Kejadian kira-kira 7.30 pagi tadi itu berlaku selepas suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Kris ke kedai mangsa, tiba-tiba menuju ke arah belakang mangsa sambil membawa parang panjang berukuran kira-kira 95 cm dan bertindak menetak leher kiri mangsa.

“Mangsa cuba menahan tetakan terbabit dengan menggunakan tangan kirinya sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah,” katanya.

Adik ipar, penduduk kampung serta pekerja mangsa kemudiannya membawanya ke Klinik Kesihatan sebelum disahkan meninggalkan dunia.

Raub berkata mangsa dibawa ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat.

Selain parang panjang berhulu kelabu yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa, sebuah kereta dan motosikal milik suspek turut dirampas, kata beliau.

Bagaimanapun motif kejadian masih disiasat. — Bernama

Via: Malay Mail



Sumber Lepas polis, peniaga daging pula maut ditetak ketika sedang memotong daging di kedainya

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iJZI34

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.