Hi! Welcome Back and Stay Tune! Walaupun dikecam tapi demi perangi maksiat, Datuk Shamsubahrin dedah anak jadi GRO - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Walaupun dikecam tapi demi perangi maksiat, Datuk Shamsubahrin dedah anak jadi GRO

KUALA LUMPUR, 31 Ogos ― Seorang bapa tidak mempedulikan kecaman selepas mendedahkan anak gadisnya terlibat sebagai pelayan pusat hiburan.

 

 

Walaupun dikecam tapi demi perangi maksiat, Datuk Shamsubahrin dedah anak jadi GRO

Walaupun dikecam tapi demi perangi maksiat, Datuk Shamsubahrin dedah anak jadi GRO

 

Datuk Shamsubahrin Ismail sanggup membuat aduan kepada jabatan agama Islam di sini semalam demi “memerangi habis-habisan maksiat”, lapor Harian Metro.

“Saya tahu ramai mengecam tindakan saya mendedahkan perilaku anak sendiri yang dikatakan memalukan ini namun sudah lama saya memberi peluang kepada dia, tetapi tidak diendahkan,” katanya.

“Malah saya turut menerima mesej daripada rakan anak yang mengatakan tindakan diambil memalukan anak sendiri, tetapi saya tidak peduli kerana demi anak gadis Islam di negara ini saya sanggup berjuang habis-habisan melawan maksiat.”

Anaknya, yang tidak dinamakan, dilaporkan terlibat sebagai “duta kelab”, nama lain bagi pegawai hubungan pelanggan (GRO) di kelab-kelab malam.

Shamsubahrin, ahli perniagaan yang sebelum ini dikenali aktif bersama persatuan teksi, berkata beliau akan “menggempur” beberapa jabatan lain dalam usahanya itu.

“Saya sudah ‘kehilangan’ anak gadis yang memilih jalan hidupnya sendiri. Saya tidak mahu ibu bapa lain juga menerima nasib yang sama,” katanya.

Akhbar itu sebelumnya melaporkan gadis 20 tahun itu berhenti belajar setelah tertarik dengan kegiatan tersebut yang menawarkan gaji lumayan.

Sumber: Malay Mail



Sumber Walaupun dikecam tapi demi perangi maksiat, Datuk Shamsubahrin dedah anak jadi GRO

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iJED8O

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.